TAJWID DALAM FATIHAH

RM0.00

Membaca Surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat. Membaca dan memelihara segala makhraj dan tajwid dalam al-Fatihah adalah wajib, sama ada dalam solat fardhu atau sunat. Antara syarat sah bacaan al-Fatihah adalah seperti berikut:

 

  1. Bacaan itu didengarinya dengan jelas jika dia mempunyai pendengaran yang balk.
  2. Membaca mengikut tertib ayat serta jelas sebutan huruf dan bacaan yang bersabdu.
  3. Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan maknanya, jika tidak, solatnya dianggap tidak sah.
  4. Bacaan surah at-Fatihah dalam solat hendaklah dilafazkan dalam bahasa Arab.
  5. Hendaklah menyempurnakan bacaan al-Fatihah ketika dalam keadaan berdiri dan tidak boleh disambung dalam keadaan rukuk.

Membaca surah al-Fatihah merupakan sifat solat Nabi SAW  dan kesempurnaan bacaan adalah amat penting bagi memastikan bahawa ibadah solat yang dilakukan adalah sah.

Category:

Description

FatihahHukum-hukum Tajwid Yang Terdapat Dalam Surah Al-Fatihah :
بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (الفاتحة: 1).
1. اللَّهِ -Huruf Lam dinipiskan
2. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -Alif Lam Syamsiah pada kedua-duanya
3. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -Huruf Ro’ ditebalkan pada kedua-duanya
4. الرَّحِيمِ -Ketika waqaf, Mad A’ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (الفاتحة: 2).
1. الْحَمْدُ – Hamzah Washol dibaca baris atas ketika ibtida’
2. لِلَّهِ -Huruf Lam dinipiskan
3. رَبِّ -Huruf Ro’ ditebalkan
4. الْعَالَمِينَ -Alif Lam Qamariah

Sila pasti anda tahu hukum tajweed dalam Al Fatihah dan mengamalkannya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TAJWID DALAM FATIHAH”

كداي دبوكا سمولا|Ebook Shop Reopen|Kedai buku dibuka semula|Order NOW|Pesan sekarang!|فسن سكارڠ Dismiss