TAFSIRAN  Juz 29 cover
TAFSIRAN  Juz 29 cover

TAFSIRAN JUZ 29 Oleh Sheikh Khalid

Free!

Keseluruhan surah-surah dalam Juz 29 al Quraan telah diturunkan di Mekah; walaupun ada yang mengatakan bahawa surah al INSAN di turunkan di Madinah.
Surah-surah yang terkandung dalam Juz 29 ini adalah sebelas surah semua nya dan terdiri dari surah-surah al MULK, surah al QALAM, surah al HAAQQAH, surah al MA’AARIJ, surah NUH, surah AL JINN, surah al MUZZAMMIL, surah al MUDDATHIR, surah al QIAMAH, surah al INSAAN, dan surah al MURSALAAT

Category:

Product Description

TAFSIRAN  Juz 29 coverKeseluruhan surah-surah dalam Juz 29 al Quraan telah diturunkan di Mekah; walaupun ada yang mengatakan bahawa surah al INSAN di turunkan di Madinah.
Surah-surah yang terkandung dalam Juz 29 ini adalah sebelas surah semua nya dan terdiri dari surah-surah al MULK, surah al QALAM, surah al HAAQQAH, surah al MA’AARIJ, surah NUH, surah AL JINN, surah al MUZZAMMIL, surah al MUDDATHIR, surah al QIAMAH, surah al INSAAN, dan surah al MURSALAAT
Di antara sifat-sifat utama surah-surah yang diturunkan di Mekah adalah :
a) Kebanyakan surah-surah ini diturunkan di awal pergerakan dakwah Rasulallah di Mekah:
Contoh nya: surah-surah al Mudatthir dan al Muzammil kedua-dua nya di katakan di turunkan di Mekah selepas pelantikan Rasulallah sebagai Rasul, dalam tahun-tahun ke 3, setelah dakwah Rasulallah di minta disampaikan kepada kaum Arab Jahiliah secara terbuka.
Surah al Jinn pula di turunkan dalam tahun ke 10 berdasarkan riwayat pulang nya Rasulallah dari Taif setelah mendapat penghinaan di Taif. Allah telah menghantar beberapa jin untuk mendengar ayat-ayat al Quraan yang di baca sendiri oleh Rasulallah; dan kebetulan di waktu-waktu itu Isteri baginda Rasulallah dan bapa saudara baginda telah meninggal dunia.

b) Surah-surah ini banyak menekankan Pengenalan Kepada Akidah Islamiah:
Iaitu mendakwah kepada beriman dengan Allah, dan wahyu Nya; iaitu al Quraan. Sehaluan dengan itu, ayat-ayat surah ini banyak menekan kepercayaan dan iman pada hari Akhirat.
Dalam kata lain , surah-surah ini menekan kan hubungan langsung manusia itu dengan Pencipta nya; menjelaskan dengan halus, hubungan Pencipta dengan bumi, langit dan isi nya bagi memperdekatkan kefahaman hubungan ini ke dalam hati-hati manusia bagi mendorong mereka kepada Allah, Tuhan yang mencipta mereka.

c) Surah-surah ini memperkenalkan ‘tasawuf’ baru mengenai ciptaan Allah; dan melangsungkan tasawuf ini kepada hari Akhirat.
Contoh nya dalam surah al Mulk : ianya menyentuh tentang perjalanan hidup manusia itu dari zaman maut nya, kepada zaman hidup nya; dan dari zaman hidup nya kepada zaman matinya; dan kemudian kepada zaman di bangkit kan dia semula. Ciri-ciri yang serupa dapat di lihat dalam surah al Insan.
Surah al Qalam, yang di turunkan pada awal pergerakan dakwah, memperlihatkan bagaimana penentangan orang-orang kufur pada dakwah ini. ‘Perang dingin’ dengan Rasulallah dari kafir Quraish merupakan pertuduhan Muhammad sebagai Gila. Gila kerana memperkenalkan akidah baru yang menentang budaya jahiliah yang lama bertapak dalam minda dan amalan kaum Jahiliah ini.
Ke sampingan Allah membantu Rasulallah dengan mencadangkan supaya baginda banyak bersabar.

Surah al Haqqah pula jelas membawa minda semua kepada mempercayai ada nya Akhirat dan hari pembalasan. Wujud nya kiamat dengan adanya bukti-bukti kehancuran yang pernah berlaku ke atas kaum-kaum yang menolak Kitab-Kitab Allah, Rasul Nya dan dakwah nya.

Surah al Ma’aarij memperkenalkan manusia kepada perkara-perkara ghaib yang berada di luar kotak pemikiran manusia; iaitu adanya ‘station-station’ tempat berulang alik nya para malaikat dalam menjalankan tugas-tugas mereka dari Arash Allah. Sekaligus ia nya memperkenalkan alam Akhirat untuk memberi rangsangan iman dalam minda mereka yang mahu beriman pada Allah.

Surah Nuh pula meniup kan semangat kepada Rasulallah yang mula menghadapi tekanan dari kaum nya dalam mendakwah mereka. Kesusahan dan penentangan kaum kepada baginda di jelaskan dengan cara yang terbaik ; ialah membandingkan kerja-kerja dakwah Nabi Nuh yang mengambil masa 850 tahun dan yang beriman dengan baginda hanya 40 keluarga sahaja. Ini memberi inspirasi kepada Rasulallah untuk meneruskan dakwah baginda walau pun di tentang.

Surah al Jinn pula bermatlamatkan perubahan dari budaya menyembah patung yang berunsur kan kepercayaan pada jin; kepada beriman dengan Allah. Jin di jelaskan dengan hakikat nya yang sebenar yang tiada mempunyai kuasa ketuhanan seperti yang di dakwa. Yang berkuasa ialah Allah sahaja.

Surah Al Qiamah pula sekali lagi menjelaskan hari Akhirat dan di kaitkan dengan kematian yang tidak boleh di bolosi oleh manusia. Setiap yang hidup pasti melalui saluran ini dan pasti nya yang beriman akan terlepas dari seksaan Allah dan yang kufur dalam neraka Jahanam.

Surah al Insan pula mencadangkan seorang insan yang di ingini oleh Allah, yang beriman dan mempercayai hari Akhirat dan sentiasa berwaspada dengan hari itu yang penuh dengan pancaroba malang dan memohon di jauhkan dari pada huru hara hari itu dari Allah.

Akhir sekali surat Al Mursalat menjelaskan penyaksian hari-hari dunia dan hari akhirat yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Hanya yang beriman sahaja yang akan terlepas dan yang kufur pada Allah yang menolak Rasul Nya dan Kitab nya akan ke neraka Allah.

d) Kesimpulan nya;
Melalui 11 surah-surah dari Juz 29 ini, Rasulallah adalah sesagun-agung Pencipta Ummah yang di tugaskan Allah untuk mengubah minda jahiliah manusia di bumi ini, kepada minda Islamiah yang berteraskan Iman kepada Allah, wahyu Nya, Akhirat nya; yang akan membentuk peribadi mulia sebagai hamba-hamba Allah.
والله أعلم

Additional Information

FORMAT

PDF

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TAFSIRAN JUZ 29 Oleh Sheikh Khalid”

كداي دبوكا سمولا|Ebook Shop Reopen|Kedai buku dibuka semula|Order NOW|Pesan sekarang!|فسن سكارڠ