TAFSIR NURUL AL-INSAN

RM0.00

Tafsir Quran Melayu Pertama. Asalnya ditulis dalam tulisan  jawi. Memandangkan ramai tidak pandai baca jawi dia telah dirumikan untuk melebar pembaca.

 

Category:

Description

Tafsir Nurul Al-Ihsan ini oleh fakir Ilallah Subhanahu wa Ta’ala Said bin Umar Al-Kedahi Balada Al-Syafie Mazhaba Al-Naqsyabandi Al-Hamdi Tariqat Al-Qadi Syar’ia pada pagi hari arba’ sehari bulan Rabiulthani Tahun Seribu Tiga Ratus Empat Puluh Enam dan mulanya pada Bulan Zulhijjah Seribu Tiga Ratus Empat Puluh Empat zaman Hadirat Maulana Al-Muazzim Sultan Abdul Hamid Halim Syah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Syah Negeri Kedah Darul Aman dan Hadirat najilnya Maulana Al-Muazzim Tengku Ibrahim regent yang mulia dan Hadirat syaqiqnya Maulana Tengku Mahmud ialah asbab pada menyuratnya isyarat Syeikh Al-Waqti wa Al-Tariqah Mursyidi wa Ustazi Syeikh Sulaiman Syeikhul Islam bi Kedah Darul Aman maka barang yang didapati berbetulan itu maka iaitu daripada Allah kurnianya dan yang خطاء atau silap kalam itu daripada hamba tafsirnya diharap tolong perbetul kemudian daripada امعان النظر mudah-mudahan manfaat dan dapat ketahui kehendak Allah dalam Quran-Nya oleh ahli pembaca daripada perempuan dan kanak-kanak sekolah yang membawa jadi tauhid Allah yang melepas daripada kaum asyqia’ masuk pada kaum sa’ada’ yang dapat bahagia selama-lamanya.

اللهم أسألك برحمتك يا رحيم وبحلمك يا حليم أن تحفظنا وأحباءنا
والمسلمين بالايمان حيا وميتا وعلى كل حال وأن بجعلنا مع الذين
أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وصلى
ٱلله على سيدنا محمد وآله وصحبه أجمعين والحمد ٱلله رب العالمين

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TAFSIR NURUL AL-INSAN”

كداي دبوكا سمولا|Ebook Shop Reopen|Kedai buku dibuka semula|Order NOW|Pesan sekarang!|فسن سكارڠ Dismiss