PERBEKALAN KEPADA PERAWAT

RM0.00

Ini adalah buku kedua karya Hj Abdul Halim bin Masud bagi Perawat Islam yang menggunakan Al-Quran untuk menyembuhkan penyakit yang di muatkan ke internat untuk menyebarkan ilmu ini kepada ummah secara percuma, Buku sedemikian jika dicetak terpaksa di jual antara RM20-30 disebalik penyebaran terhad. Buku pertamanya Pengubatan dengan Al_Quran dengan Ayat 33 juga kini berada dikedai ini. Hasrat Tuan Haji untuk meluaskan ilmu ini kepada ummat Islam.

Beliau yang kini pesara memberi perkhidmatan perubatan dengan Al Quran di rumahnya yang bernama Pusat Perubatan Islam Halimiah di Wadil Kura Peringat, KM 14/153 Jalan Pasir Puteh, Kota Bharu-Kelantan, Kelantan. Beliau boleh dihubungi +60139393603 untuk temu janji.

Category:

Description

perbekalanCover200x250Puji bagi Allah yang telah menciptakan Alam ini dan dapat mengawal serta mentadbir mengikut kehendaknya. Juga manusia dan Jin dapat membangunkannya. Maha suci Allah Taala menyeru kita beribadah kan Nya dam memerintahkan kita supaya tunduk serta patuh kepada kebesaran Nya serta menjanjikan kita syurga bagi orang-orang yang patuh kepada Nya dan Neraka Jahanam bagi mereka yang mengikut syaitan.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad saw diutus untuk membawa rahmat kepada seluruh Alam Buana ini yang merupakan penutup bagi sekalian para nabi dan mursalin dan ke atas semua keluarganya serta para sahabat sekalian nya.

Adapun buku “Perbekalan bagi Perawat dalam menghadapi gangguan syaitan “ sebenarnya saya dapat terjemahkan daripada keratan akhbar mingguan di Mesir dan Kuwait daripada pendapat dan komentar daripada alamak khususnya daripada Tuan Syeikh Riadz Muhamad Samahah yang betul-betul berkecimpung dalam bidang ini.

Pada saya pendekatan yang dilakukan oleh Tuan Syeikh Riadz Muhammad Samahah cukup serasi dengan jiwa saya begitu juga pengalaman yang ditempuhinya dalam bidang perubatan Islam ini pun sama juga berbeza benua dan berbeza umur dan tidak pernah berguru dan berjumpa, cuma bertemu dengan pembacaan ayat-ayat yang sama ia itu dari Nabi saw berdasarkan kitab Sahih Bukhari dan Muslim juga kitab Al Azkar bagi Imam AL Nawawi dan lain-lain.

Setelah saya membawa semua keratan akhbar sama ada daripada Akbar Al Siasah, Ahram, Mingguan AlLiwa’ul Islami dan lain-lain lagi maka terfikir pada saya bahawa bahan bahan terjemahan ini saya nama kan “Perbekalan Bagi Perawat Dalam Menghadapi gangguan syaitan untuk menjadi perawat yang sedang mengikuti kursus pada setiap malam minggu di Madrasah Halimiah ini di bawah bimbingan saya sendiri.

Dengan keberkatan bimbingan guru saya Tuan Sheikh Khalid bin Sheikh Ibrahim Al Abyari yang berketurunan Mesir dapat lah saya menyampaikan pada semua pelajar saya mudah mudahan keberkatan itu berpanjangan sampai ke hari kiamat. Amin.

Daripada hamba yang faqir

Hj Abdul Halim bin Masud

Wadil Kura Peringat, Kelantan

26 Zulka’dah 1434 bersamaan 4/10/2013

BIODATA

ABDUL HALIM BIN MOHD SAUD, berasal dari Kelantan. Dilahirkan pada tahun 1951. Merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Ibu bapanya merupakan orang yang kuat berpegang dengan agama. Pendidikan awalnya bermula di Seko-iah Kebangsaan Peringat, Kota BhafU, Kelantan. Kemudian menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Agama Diniah, Peringat. Seterusnya ke Madrasah $ullamiah  Bunut Payung, Kota Bharu. Setelah menamatkan pengajian Darjah Sembilan, beliau telah menyambung pengajiannya ke Yayasan Pengajian Tinggi lslam Nilam Puri di Fakulti Syariah wal Qanun selama 2 tahun dan seterusnya menyambung pengajiannya ke Universiti AI-Azhar, Mesir dalam bidang yang sama. Setelah pulang ke tanahair, beliau telah ditawarkan bertugas dengan Majlis Agama lslam Sabah selama 3 tahun. Selepas itu berkhidmat pula dengan Kementerian Pendidikan Malaysia Cawa­ ngan Sabah selama 10 tahun. Kemudian beliau telah ditawarkan menjadi pensyarah di Jabatan Agama lslam, Maktab Perguruan Gaya selama 4 tahun. Semasa menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Gayalah beliau sempat berguru dengan Tuan Syeikh Khalid bin Syeikh lbrahim yang ketika ltu memegang jawatan sebagal Timbalan Pengarah Bank Pertanian Cawangan Sabah. Sebelum itu beliau sudah pun menerima Pendidikan As-Sylfa’ daripada beberapa Qrang guru secara tidak langsung. Sebaik sahaja menamatkan kursus As-Syifa’ di bawah bimbingan Tuan Syeikh Khalid bin Syeikh Ibrahim, beliau terus berkecimpung dalam bidang perubatan As-Syifa’ secara sambilan di waktu petang dan malam serta hari-hari minggu. Pada tahun 1994, beliau telah bertukar ke Maktab Perguruan Kota Bharu hinggalah sekarang. Kerja sampingan bellau dalam bidang As-Syifa’ diteruskan di samping menyampaikan kuliah di madrasah-madrasah yang berdekatan. Pada masa ini beliau telah berjaya mendidik beberapa orang pelajar yang dapat meneruskan tugas mumi lni untuk membantu masyarakat yang bermasalah. Semoga Allah mem­ berkati sumbangan ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat – Wassalam.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PERBEKALAN KEPADA PERAWAT”

كداي دبوكا سمولا|Ebook Shop Reopen|Kedai buku dibuka semula|Order NOW|Pesan sekarang!|فسن سكارڠ Dismiss